Monday, 4 January 2010

Kenapa Kau Malas Sembahyang?

Kenapalah kau malas sangat nak sembahyang?
Kau bukannya kecik anak, tapi dah besar panjang..
Apa tak takut ke neraka jadi liang?
Ke rasa langit nak runtuh kang kau boleh tahan dengan tiang?

Kenapalah malas sangat ni...
Bukannya tak belajar, dah keluar universiti
Takkan asyik nak bersuruh lagi..
Dah tua-tua macam ni masih lagi tak reti-reti?
Apa cikgu tak ajar ke maksud BERDIKARI?

Kenapalah tak rajin-rajin?
Apa ingat syurga neraka tu benda main-main?
Pergi sembahyang kejap tolak tepi benda lain..
Insya Allah hidup kita akan berkat..Amiiinnnn..

Kenapala asyik tangguh-tangguh?
Setiap waktu nak kena suruh..
Kalau tak suruh kau buat acuh-tak acuh..
Suruh banyak kali kang kau pulak mengeluh..
Neraka panas tau, bukan setakat buat keluar peluh..

Kenapalah malas sangat nak sembahyang?
Nak bergeng dengan setan jembalang?
Kalau dah masuk daerah 2 tiang..
Menangis air mata darah pun masa tak boleh nak ulang
Sesibuk mana pun waktu kena luang..

Kenapa entry ni pasal malas sembahyang?
Bukan untuk orang lain pun tapi untuk si pengarang..
Tak sedar diri lagi waktu bukan selamanya siang..
Bila masa dah time, dok dalam kubur kang sorang-sorang..
Gelap gulita cahaya takde, bukankah malang?
Apa lagi, pergi la sembahyang, azan dah lama berkumandang!!!!

0 Pings!!: