Sebelum ni aku memang pelik kenapa cendikiawan-cendikiawan (ke cendekiawan?)berbalah mengenai pelaksanaan PPSMI.. bagi aku, apa masalahnya? yang penting budak faham dan boleh jawab... bahasa Melayu tak mungkin akan terpinggir.. its the mother tongue, for heavens sake... ! Lagipun, bukan semua jawab dalam bahasa Inggeris pun, majoriti budak SK akan jawab dalam BM, budak SJK, dalam bahasa ibunda masing-masing.. so jadi, aku tak nampak pun PPSMI ini menggugat bahasa Ibunda ( BM, Mandarin or Tamil)...
TAPIIIIII... bila aku mula mengajar Matematik pada budak Tahun 4, dan soalan latihan pun aku sudah mula gunakan dwi-bahasa ( bila ada dwibahasa, budak kita akan baca yang BM punya, English memang diorang mereka tak tengok pun).. so jadi... masa inilah aku nampak pincangnya.. bila mereka tak faham maksud soalan bundarkan, cerakinkan, perbezaan etc.... itu budak yang tak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan...pun boleh hilang vocab (vocab kut BM apa ek? Tatabahasa ker? bukan kan?)..bagaimana pulak budak yang memang jarang berbahasa Melayu? PPSMI memang boleh menyebabkan murid-murid kita kehilangan terms (???) dalam Bahasa Melayu.. mereka tak faham penambahan tu apa... mereka tahu addition... bundarkan - round off... nombor pun ada yang sukar nak terjemah... bila aku tunjuk 5 jari pada budak darjah dua, mereka akan sebut five tapi bukan lima...
Tiba-tiba aku bersyukur PPSMI dimansuhkan.... mari kita lihat apa yang MBMBI ( Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris) mampu lakukan...
Famous Quote,
Years teach us more than books.
Berthold Auerbach
0 Pings!!:
Post a Comment