Dedicated to those who just lost their bf(s)...SO If you are planning to have them back, these are the DON'Ts...
Adakah anda sedang berusaha untuk
mendapatkan semula boyfriend anda?
Betul!!!bukan senang nak dapatkan
kembali ex-bf!
Walau demikian, cukup ke persiapan
anda untuk menawan hatinya kembali?
Memujuk dan mendapatkan kembali teman
lelaki adalah dua perkara yang amat
berbeza. Kebanyakan wanita (hampir
semua sebenarnya) membuat langkah awal
yang salah!
Okay, baca dan fahamkan:
1) JANGAN bergaduh dengan
dia.Selalunya dengan ex-bf ni, bila
anda bercerita dengannya, asyik
bergaduh saja. Bergaduh hanya mencipta
ketegangan dan membunuh keinginan.
Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak
berguna. Walau pun anda menang bila
bergaduh mulut, kena tinggal tetap
jugak kena tinggal!
2) JANGAN cuba menggunakan logik untuk
meyakinkan dia untuk teruskan
perhubungan atau kembali kepada anda.
Ingat ya, cinta itu berlandaskan
perasaan, bukan logik! Macam mana
betul, teguh, meyakinkan, bijak dan
segala yang sewaktu dengannya pun
logik anda itu..anda tetap jugak kena
tinggal! Jadi, logik, jangan guna.
3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-
bf anda itu bahawa anda
telah berubah atau mulai sekarang
keadaan pasti berubah. Benda macam
ini seolah-olah macam timba air keluar
dari perahu bocor. Tak berjaya punya
perahu tetap jugak bocor.
4) JANGAN asyik cakap yang anda
cintakan dia. Dia TAK peduli pun! Apa
yang dia peduli, berapa banyak yang
dia cinta pada anda..bukan berapa
banyak anda cinta pada dia!
5) JANGAN merayu! Yajangan merayu.
Saya tekankan ini sebab 98% perempuan
akan merayu supaya ex-bf kembali
padanya ( lelaki pun ramai jugak
merayu supaya ex-gf dia kembali kat
dia sebenarnya) .Lagi banyak, lagi
kerap anda merayulagi jauh la dia
tinggalkan anda!
6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah
bila tinggalkan anda. Sebagai contoh
la ya..Saya tak boleh hidup tanpa
awak, Jangan la tinggalkan
saya/break dengan saya sekarang,exam
dah dekat ni..Cubaan dan ayat-ayat
yang macam ini takkan berjaya, lagi
cepat dia tinggalkan tu adalahatau
pun, dia buat tak tahu je..
7) JANGAN berlakon sedih supaya dia
rasa bersalah. Simpati dan kasihan tu
TAKKAN sama dengan tertarik
dan keinginan untuk kembali kepada
anda.
8 ) JANGAN bercakap dengan kawan-
kawannya dengan tujuan untuk
mendapatkan sokongan kawan-kawannya.
Walau pun kawan-kawannya sokong anda,
cuba nasihatkan dia dan buat plan
supaya dia kembali kepada anda dan
berjaya. Selalunya tak lama! Sebabnya
dia mesti kembali bersama anda atas
keinginan hatinya yang ikhlas dengan
sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor
luaran yang seperti ini contohnya.
9 )JANGAN menangis di hadapannya!
(Ramai sungguh buat macam ni!) Okay
menangis la macamana punmungkin dia
akan merangkul anda dengan mesra dan
memujuk andatapi kemudian anda tetap
juga kena tinggal dan dia akan pergi
berpasangan dengan orang lain.
Menangis terlalu banyak depan dia ke
dalam telefon bila bercakap dengan dia
keitu semua hanya akan menunjukkan
kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas
anda jadijangan buat!
10) JANGAN desak dia supaya kembali
kepada anda! Lagi anda desak, lagi
anda cuba tarik dialagi jauh dia
daripada anda.
Semua perkara di atas adalah kesilapan
biasa yang kerap dan ramai wanita buat
semasa break-up. Buat perkara di
atas ni walaupun satu sahajacerah
peluang ditinggalkan terus oleh bf!
REMEMBER!!! ABOVE ARE THE DON'Ts..THE DOs? WELL YOU HAVE TO FIGURE THEM OUT YOURSELF!!!
Friday, 24 August 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Design by Gisele Jaquenod
0 Pings!!:
Post a Comment