Sunday, 31 January 2010

No Offence

Perbualan dua rakan..

Tempat: Shopping Mall
Cast : Rakan A & Rakan B

Rakan A: lawo gile beg ni..berkenan gila aku.. kan? cantik kan?
Rakan B: Ha'ahlaa..cantik ah..harga pun ok... ambik ah wehh..

Hesitating... sambil membelek-belek beg tuh luar dalam..

Rakan A: Berkenan..memang berkenan..tapi tak nak ahh..tak de brand..
Rakan B: ?????

Aku nak tanyalaa sesapa yang baca..tak payah tulis kat komen pun takpe.. korang jawab je sendiri.. korang beli beg ke beli brand beg?

Kalau aku... pedehal dengan brand..yang penting aku suka..(mungkin ada yang akan terdetik... memang la ko tak kisah dengan brand..sebab ko tak mampu...cuba ko mampu tengok...)..hurmmm...setakat ni bagi aku..yang penting aku tak berhutang..(kad kredit pun kira hutang kan?) dan kalau aku bergaya dengan beg cheapo pun at least the bag is mine...tak pinjam orang punye (like Rakan A) dan tak berhutang dengan bank..!!!

owhh...esok aku bergaya dengan beg baru.. Brand Leno..harga RM49.90..tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

(Beg yang kununnya branded yang aku dapat bertahun-tahun lepas..bakal masuk kawasan simpanan kekal....memang beli barang branded ni tahan lama..tapi menyebabkan aku tak merasa nak pakai beg baru sebab aku jenis..selagi elok..guna... jadi kalau bercadang nak selalu tukar beg..beli beg murah cam aku..hehehehheheh)

bukannnn..bukan maksud aku salah beli branded items..tak salah..kalau dah berkenan..just go for it..cuma yang aku pelik, jenis orang yang beli brand instead of beli beg.. kalau dah berkenan, belasah je la kan? ke tak?

Quote of The Day
I have learned to seek my happiness by limiting my desires, rather than attempting to satisfy them.

John Stuart Mills

Friday, 29 January 2010

Tunjuk Terer Kunun!!

Wahai pemandu-pemandu di dunia..

Kalau korang bawak keter laju giler... pastu potong semua orang kat jalan tuh, kiri-kanan-kiri kanan...cilok cam tak ingat dunia.. korang ingat orang akan kata korang hebat ker? Orang kata BANGANG LAGI ADA!!!

Quote Of The Day
Life is a tragedy for those who feel, and a comedy for those who think.

La Bruyere

Tuesday, 26 January 2010

Bahasa Jiwa Bangsa


Sebelum ni aku memang pelik kenapa cendikiawan-cendikiawan (ke cendekiawan?)berbalah mengenai pelaksanaan PPSMI.. bagi aku, apa masalahnya? yang penting budak faham dan boleh jawab... bahasa Melayu tak mungkin akan terpinggir.. its the mother tongue, for heavens sake... ! Lagipun, bukan semua jawab dalam bahasa Inggeris pun, majoriti budak SK akan jawab dalam BM, budak SJK, dalam bahasa ibunda masing-masing.. so jadi, aku tak nampak pun PPSMI ini menggugat bahasa Ibunda ( BM, Mandarin or Tamil)...
TAPIIIIII... bila aku mula mengajar Matematik pada budak Tahun 4, dan soalan latihan pun aku sudah mula gunakan dwi-bahasa ( bila ada dwibahasa, budak kita akan baca yang BM punya, English memang diorang mereka tak tengok pun).. so jadi... masa inilah aku nampak pincangnya.. bila mereka tak faham maksud soalan bundarkan, cerakinkan, perbezaan etc.... itu budak yang tak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan...pun boleh hilang vocab (vocab kut BM apa ek? Tatabahasa ker? bukan kan?)..bagaimana pulak budak yang memang jarang berbahasa Melayu? PPSMI memang boleh menyebabkan murid-murid kita kehilangan terms (???) dalam Bahasa Melayu.. mereka tak faham penambahan tu apa... mereka tahu addition... bundarkan - round off... nombor pun ada yang sukar nak terjemah... bila aku tunjuk 5 jari pada budak darjah dua, mereka akan sebut five tapi bukan lima...

Tiba-tiba aku bersyukur PPSMI dimansuhkan.... mari kita lihat apa yang MBMBI ( Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris) mampu lakukan...

Famous Quote,
Years teach us more than books.
Berthold Auerbach



tag

lama dah tak buat..
takde sesaper ke yg nak tag makcik-yang-kesian-ini?

Saturday, 16 January 2010

Kasi Gertak Sikit

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kata aku kena tukar sekolah.. sekolah tu jauhhhhhhhhhhhhhhhh... 45 minit dari rumah... jauh la tuh, sekolah sekarang baru 10min ++ jer..

aku dengan menggelabahnya pegi riki jalan dengan laki aku.. pergi-pergi sekolah pagi esoknya.. guru besar kata 'tak payah risau...JPN gertak jer'.. macam tu pun ada ka?

~penin!~

Tuesday, 12 January 2010

Bila diprovokasi..

Bila diprovokasi, contohnya sewaktu tengah drive di highway..tetiba ada driver yang kununnya-keter-aku-paling-laju-dalam-donia-tolong-ketepikan-keter-ko-yang-hancit-itu dok kat belakang keter kita.. cucuk-cucuk hangin.. pastu dengan sombong ala Ah Long, kasi high beam plak..padahal kita dah bawak keter 120km/h ( laju la tuh bagi aku).. padahalnya, bukan tak nampak lori besar KLCC ada kat jalan sebelah.. kita dengan bengangnya lagi bagi signal ke kiri selepas berjaya memotong lori sebesar KLCC itu... Sesungguhnya!!!

1) Anda adalah super duper ooo lala punye cool bila.... anda hanya memandang keter itu sambil beristighfar panjang di dalam hati....

2) Anda super cool bila..... anda menyumpah tuan punye keter tu dalam hati sbb anak anda sedang tidur kat seat belakang

3) Anda bolehlaa dikatakan cool la jugak bila ...... anda memaki keter tuh tanpa mencarut..

4) Anda sungguh tidak cool bila.... anda hon keter tu..sambil bagi high beam balik kat die!

5) Anda tak cool langsung bila ..... dahla maki hamun sambil mencarut-carut, pastu pegi kejar keter tuh, hon bertalu-talu..high beam jangan cakap laaa.. nak patah jockey die..seb baik tak abis bateri..

Ermmm..pilihla sendiri nak yang mana...

Thursday, 7 January 2010

Naik Lagi... Hishhhhhhhhhhhh!!!

Harga roti Gardenia naik sampai RM3.20!!! bapak cekik darah..cekik leher...! nasib tak aku tercekik masa nak bayar..(dahla masa tuh aku tengah kunyak gula-gula Hacks yang aku cilok dari beg husband aku..) baru je berape hari aku beli RM2.80..sekali hari ni dah RM3.20..naik banyak tuh!!!

Hishhhhhhhhh....kalau naik harga bukan main laju..time turun haram le nak merase!!!!

* tak tau nak marah kat saper..