Tuesday 24 April 2012

AQEEL, EKZEMA DAN USAHA MENCARI PENAWAR

Ni nak share gambar kesengsaraan Aqeel lagi.

Gambar ni di ambik pada 9/12/2011


Itu dapat sebab die garu time tido..dalam aku dok pegang tangan dia..sejurus aku terlelap..sedar-sedar jer cadar dah basah dengan darah...tengah-tengah malam aku meraung cam pompuan meroyan..dengan mak-mak aku sekali meroyan secara berjemaah

Masa nilah ada orang introduce dengan benda ni

sembur kat affected areas..sepatutnya diminum jugak..tetapi memandangkan aqeel ni kecik lagi..aku tak berani nak bagi makan sebarangan..air laut ni..walaupun tak masin sangat..tapi risau jugak kang effect kat buah pinggang dia. Ni gambar yang diambil pada 11/12/2011
nampak kan bezanya..tapi tu lah si aqeel ni..tak sempat elok kat sini..dah dirabakkan kat tempat lain. Bila aku tengok keberkesanannya, terus aku masuk jadi ahli. Mahal wooo benda nih..kalau harga ahli RM260 rasenya..kalau bukan ahli RM300++.  Selain air laut dalam kaca ni, aku selalu bagi Aqeel makan (aku pun makan jugak) spirulina. Walaupun pada pendapat lidah dan tekak aku spirulina ni tak sedap..tapi Aqeel sangat sukakannya lah hai....

Owhh..btw, ini bukan tujuan promosi yer..aku bukan nk jual benda-benda ni..sekadar berkongsi sahajalah. Cuma , kalau ada apa-apa nak tanya, bolehla tinggalkan komen. Ataupun ada yang nak mencuba dan nak guna harga ahli, silalah bagitahu. Boleh jer guna nombor ahli ai. Guna nombor jerla..tp kena pegi beli sendiri..mak cik tak rajin nak menjual-jual nih..boleh gitteww?

Selain daripada yang atas-atas ni..aku ada jugak guna krim, Aquaos Cream untuk moisturizing dan Atopiclair untuk kurangkan gatal. Air ibu gamat pun...oh ye..air ibu gamat ni pun cepat sembuhkan luka (akibat digaru)..cuma bau dia kurang mariii sikit..murah..baru 5 hinggit! Malas nak upload gambar..penat guna broadband digi nih..

untuk dapatkan more info tentang elken kington dan spirulina, boleh layari laman webnya di situ http://www.elken.com.my/

laman web pasal air ibu gamat, aku tak tahu..sooryyy..hehehhehe

Saturday 14 April 2012

Aqeel dan Ekzema

Sambung citer hari tuh tentang Aqeel dan ekzemanya. Ekzema Aqeel bukan jenis yang malu-malu. Keluar sikit-sikit kat pelipat siku atau lutut je..ini cerita satu badan punya. Kalau pergi mana-mana, tak sah kalau orang tak tanya. Atau sekurang-kurangnya pandang dengan kerut di dahi berlapis-lapis. Yang dalam entry lepas, tu masa baru nak kena..nampak lagi rupanya..

Masa umur Aqeel dalam 8-9 bulan adalah waktu paling kritikal. Mak mentua aku terpaksa datang jaga Aqeel. Tiap-tiap hari berulang dari Ayer Keroh Melaka selama seminggu. Pukul 6 pagi gerak dari rumah di Ayer Keroh dan balik bila aku dah balik dari sekolah. Sebab tak sanggup nak hantar Aqeel ke taska masa tuh. Lepas seminggu, mak aku pulak datang dari Terengganu..3 minggu jaga Aqeel. tinggalkan adik-adik aku yang tengah sekolah dengan ayah aku. Nasib baik masa tu dah dekat cuti sekolah. Dan peluang cuti sekolah ni memang aku guna habis-habisan untuk mengubatkan si Aqeel nih

muke dia

 kepala dia



bahu dia..

lengan dia..and pls look at his pipi..merah giler..kesian kan?
Banyak lagi yang aku nak upload..untuk menerangkan kesengsaraan si Aqeel ni. tapi internet lembab la gile. Next time yer..

Kepada ibu-ibu yang senasib dengan aku..mohla kite kongsi usaha yang telah dilakukan untuk membantu anak-anak kita nih..mohle..moh le..

Monday 9 April 2012

ANAK NO 2 PUN DAH BESAR

Lamakan tak update blog? Masa last aku update, belum pregnant anak no 2..skrg anak aku dah jadi anak teruna..kehkekeh.. ~sapu sawang~

tapi sian..anak aku eczema..dia start kena masa umurnya 6 bulan..skrg dah setahun 2bulan..masih ada algi.

ingat lagi masa umur dia dlam 9 bulan.. ya Allah, asik berlendir je hidung aku.. bukan sebab resdung.. aku kan tgh citer pasal ekzema nih.. berlendir sebab nangis.. sedih tengok sengsaranya anak sendiri.. muka dah tak nampak rupa.. merah..yang nampak normal cuma hidung jer..badan kaki tangan peha semua luka-luka bekas digaru... mana pergi, semua orang dok kesian..suggest itu ini..

Kalu kesian suggest itu ini ok lagi..nampak la usaha nak membantu.. yang aku rasa nak kasi cucuk jantung dia dengan lembing bila yang keluarkan ayat " kenapa dibiarkan anak sampai jadi macam ni?".. hotak kau...!!aku dah cuba sedaya upaya aku...duit, masa, lemak (ye..aku kehilangan lemak di badan yang ku sayangi)..sampai ada yg kata aku yang sakit..tak..aku tak sakit..kurus sebab aku pantang habis-habisan bab makan..sebab aqeel (owh..anak 2nd aku nama die aqeel..lupa plak) fully bf..jadi apa yang boleh cetus kegatalan memang aku tak sentuh...tak apa..yg penting anak aku tak gatal-gatal sebab aku yg gatal tak reti nak tahan nafsu tengok semperit! ada telur tuh..kang gatal-gatal plak anak aku...jadi aku hanya makan ikan..ikan..ikan..no ayam..no telur seafood wutsoever..ikan pun yang bersisik sahaja...nak elak gatal..

ini ialah aqeel masa baru lahir
aqeel- day 2

pandangan kasih sayang dari abg harith

aqeel-6 bulan
 ini masa dia masuk hospital 4 hari sebab jangkitan kuman di kaki akibat digaru-garu..muka merah sebab naik rashes allergik dengan penisilin..(pulak dahhhhh)..masa ni kat kaki jer..badan ok lagi..perhatikan ye puan-puan.. stokin di tangan..sebab tak nak kasi die menggaru..sarung tangan dah tak jalan...! masa ni ok lagi..next entry, aku share masa die tengah teruk..sedih ngingatkan..!!