Sunday 31 January 2010

No Offence

Perbualan dua rakan..

Tempat: Shopping Mall
Cast : Rakan A & Rakan B

Rakan A: lawo gile beg ni..berkenan gila aku.. kan? cantik kan?
Rakan B: Ha'ahlaa..cantik ah..harga pun ok... ambik ah wehh..

Hesitating... sambil membelek-belek beg tuh luar dalam..

Rakan A: Berkenan..memang berkenan..tapi tak nak ahh..tak de brand..
Rakan B: ?????

Aku nak tanyalaa sesapa yang baca..tak payah tulis kat komen pun takpe.. korang jawab je sendiri.. korang beli beg ke beli brand beg?

Kalau aku... pedehal dengan brand..yang penting aku suka..(mungkin ada yang akan terdetik... memang la ko tak kisah dengan brand..sebab ko tak mampu...cuba ko mampu tengok...)..hurmmm...setakat ni bagi aku..yang penting aku tak berhutang..(kad kredit pun kira hutang kan?) dan kalau aku bergaya dengan beg cheapo pun at least the bag is mine...tak pinjam orang punye (like Rakan A) dan tak berhutang dengan bank..!!!

owhh...esok aku bergaya dengan beg baru.. Brand Leno..harga RM49.90..tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

(Beg yang kununnya branded yang aku dapat bertahun-tahun lepas..bakal masuk kawasan simpanan kekal....memang beli barang branded ni tahan lama..tapi menyebabkan aku tak merasa nak pakai beg baru sebab aku jenis..selagi elok..guna... jadi kalau bercadang nak selalu tukar beg..beli beg murah cam aku..hehehehheheh)

bukannnn..bukan maksud aku salah beli branded items..tak salah..kalau dah berkenan..just go for it..cuma yang aku pelik, jenis orang yang beli brand instead of beli beg.. kalau dah berkenan, belasah je la kan? ke tak?

Quote of The Day
I have learned to seek my happiness by limiting my desires, rather than attempting to satisfy them.

John Stuart Mills

Friday 29 January 2010

Tunjuk Terer Kunun!!

Wahai pemandu-pemandu di dunia..

Kalau korang bawak keter laju giler... pastu potong semua orang kat jalan tuh, kiri-kanan-kiri kanan...cilok cam tak ingat dunia.. korang ingat orang akan kata korang hebat ker? Orang kata BANGANG LAGI ADA!!!

Quote Of The Day
Life is a tragedy for those who feel, and a comedy for those who think.

La Bruyere

Tuesday 26 January 2010

Bahasa Jiwa Bangsa


Sebelum ni aku memang pelik kenapa cendikiawan-cendikiawan (ke cendekiawan?)berbalah mengenai pelaksanaan PPSMI.. bagi aku, apa masalahnya? yang penting budak faham dan boleh jawab... bahasa Melayu tak mungkin akan terpinggir.. its the mother tongue, for heavens sake... ! Lagipun, bukan semua jawab dalam bahasa Inggeris pun, majoriti budak SK akan jawab dalam BM, budak SJK, dalam bahasa ibunda masing-masing.. so jadi, aku tak nampak pun PPSMI ini menggugat bahasa Ibunda ( BM, Mandarin or Tamil)...
TAPIIIIII... bila aku mula mengajar Matematik pada budak Tahun 4, dan soalan latihan pun aku sudah mula gunakan dwi-bahasa ( bila ada dwibahasa, budak kita akan baca yang BM punya, English memang diorang mereka tak tengok pun).. so jadi... masa inilah aku nampak pincangnya.. bila mereka tak faham maksud soalan bundarkan, cerakinkan, perbezaan etc.... itu budak yang tak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa basahan...pun boleh hilang vocab (vocab kut BM apa ek? Tatabahasa ker? bukan kan?)..bagaimana pulak budak yang memang jarang berbahasa Melayu? PPSMI memang boleh menyebabkan murid-murid kita kehilangan terms (???) dalam Bahasa Melayu.. mereka tak faham penambahan tu apa... mereka tahu addition... bundarkan - round off... nombor pun ada yang sukar nak terjemah... bila aku tunjuk 5 jari pada budak darjah dua, mereka akan sebut five tapi bukan lima...

Tiba-tiba aku bersyukur PPSMI dimansuhkan.... mari kita lihat apa yang MBMBI ( Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris) mampu lakukan...

Famous Quote,
Years teach us more than books.
Berthold Auerbach



tag

lama dah tak buat..
takde sesaper ke yg nak tag makcik-yang-kesian-ini?

Saturday 16 January 2010

Kasi Gertak Sikit

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) kata aku kena tukar sekolah.. sekolah tu jauhhhhhhhhhhhhhhhh... 45 minit dari rumah... jauh la tuh, sekolah sekarang baru 10min ++ jer..

aku dengan menggelabahnya pegi riki jalan dengan laki aku.. pergi-pergi sekolah pagi esoknya.. guru besar kata 'tak payah risau...JPN gertak jer'.. macam tu pun ada ka?

~penin!~

Tuesday 12 January 2010

Bila diprovokasi..

Bila diprovokasi, contohnya sewaktu tengah drive di highway..tetiba ada driver yang kununnya-keter-aku-paling-laju-dalam-donia-tolong-ketepikan-keter-ko-yang-hancit-itu dok kat belakang keter kita.. cucuk-cucuk hangin.. pastu dengan sombong ala Ah Long, kasi high beam plak..padahal kita dah bawak keter 120km/h ( laju la tuh bagi aku).. padahalnya, bukan tak nampak lori besar KLCC ada kat jalan sebelah.. kita dengan bengangnya lagi bagi signal ke kiri selepas berjaya memotong lori sebesar KLCC itu... Sesungguhnya!!!

1) Anda adalah super duper ooo lala punye cool bila.... anda hanya memandang keter itu sambil beristighfar panjang di dalam hati....

2) Anda super cool bila..... anda menyumpah tuan punye keter tu dalam hati sbb anak anda sedang tidur kat seat belakang

3) Anda bolehlaa dikatakan cool la jugak bila ...... anda memaki keter tuh tanpa mencarut..

4) Anda sungguh tidak cool bila.... anda hon keter tu..sambil bagi high beam balik kat die!

5) Anda tak cool langsung bila ..... dahla maki hamun sambil mencarut-carut, pastu pegi kejar keter tuh, hon bertalu-talu..high beam jangan cakap laaa.. nak patah jockey die..seb baik tak abis bateri..

Ermmm..pilihla sendiri nak yang mana...

Thursday 7 January 2010

Naik Lagi... Hishhhhhhhhhhhh!!!

Harga roti Gardenia naik sampai RM3.20!!! bapak cekik darah..cekik leher...! nasib tak aku tercekik masa nak bayar..(dahla masa tuh aku tengah kunyak gula-gula Hacks yang aku cilok dari beg husband aku..) baru je berape hari aku beli RM2.80..sekali hari ni dah RM3.20..naik banyak tuh!!!

Hishhhhhhhhh....kalau naik harga bukan main laju..time turun haram le nak merase!!!!

* tak tau nak marah kat saper..

Tuesday 5 January 2010

Vocabulary Handicapped


Aku ni cikgu.. cikgu sekolah rendah..nak kata pendalaman sangat tak jugak..nak kata kat bandar jauh la bebenor.. sebelum aku jadi cikgu, aku kerja di sebuah syarikat swasta sepenuhnya bumiputra.. jawatan terakhir aku ialah Purchasing Executive (cum PA Boss cum tukang wat kopi cum tukang taip surat cum tukang suruh org hantar baju dia gi dobi, juga tukang wat roti bakar inti serunding daging yang dia beli kat Kelantan juga jadi alarm clock dia, belum dikira bertindak sebagai Ah Long tukang mintak sewa rumah dia yang 2-3 bijik dia kasi sewa kat orang, tukang order lempeng pisang kat kedai mamak..biasanya dia suh order 2, tp aku order lebih..boss yang bayar)

Ohhh.. berbalik pada cerita aku jadi cikgu dan kaitannya dengan kerja lama aku... masa aku kerja dulu, English aku, walaupun tak terrer sangat, tapi surat aku masih mendapat pujian boss..(sbb tuh dia suh aku wat..boss aku tuh kalau bab surat..sangat teliti..aku pernah satu hari suntuk kat ofis tuh, dok wat surat dia jer..surat yang sama die dok perbaiki...bayangkanlah..draft surat jer, 1 rim kertas abis)..kejap kang ada jer yang dia nak tambah itu ini... tetapi selalunya..surat aku akan mendapat cop " Your letter is commendable"..dari boss..

tapi sejak aku jadi cikgu nih..aku rasa English aku sudah balik to basic.. walaupun aku ajar English and Science ( Science kan in English)... hurmmm..sebab aku tak dapat nak practice my English.. dulu aku bantai gak cakap dengan clients, dengan supplier..sekarang dengan budak-budak yang...cemana nak cakap ekk...yang aku memang tak mampu nak menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya...mula-mula aku 70% English 25% Bahasa (5% lagi tuh bahasa Trengganu..bila aku ckp dgn cikgu sorang nih..dia senior aku masa sekolah dulu)..pastu makin kurang..last2...hilang dah PPSMI nyer...kalau tak, tak abis syllibus..nak menerangkan konsep lagi..nak terangkan bahasa lagih.. tak mampu aku.. Result? Bahasa aku yang hancur... Huhuhuhuhu...

p/s: I should read more..

Through My Window by Bunkface

Melalui Tingkapku oleh Bunkface (Muka Nonsense?? Apakah?)

Don't want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me, me are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Me and you, And we are not alone
Different view, We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can't exist like this anymore

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now

Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Now there's me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real


p/s: Currently, I use this song as my ringtone..edited it so as the phone rings it will jump right to the beginning of the song..intro too long..tak suke!!!

Monday 4 January 2010

Minum Petang Bergaya dan Lalat

Pernah tak tengok iklan pasal Astro MY Music Award kat Astro..? Bukan  nak cerita pasal Music Award tu.. tapi pasal Contestant (or calon..I dont know) yang pertama muncul dalam iklan tuh (a girl)... yang tengah minum petang..teh (or cappucino..kata laki aku!!!!) dengan sepotong kek tuh..kat kek tu ada LALAT...! Cuba tengok dengan teliti kalau takde keje lain yang lebih penting...

itu jer...

p/s: manusia nih mmg suka kan carik salah orang lain..walaupun takde kena mengena dengan hidup dia kan..? Lantaaaaakk...

A Place To Call Home

Lately, we (the husband and I) are discussing on buying a place of our own.. Currently, we are staying in government quarters..we plan to buy a house before we both reach 30. we decide to settle down somewhere around Kajang, or Bangi or Semenyih..or to be exact..somewhere around Kajang Prison..( Husband is a Prison Officer)..

Surveyed a few houses (online of course).. husband found a 22x80 link-house advertised in www.mudah.com.my, located in Taman Tasik Kesuma, Semenyih for RM200k with 4 bedrooms and 3 bathrooms.. a bargain kan? tapi, aku prefer new house...takutla plak..org jual rumah murah2 ni..manalah tahu..haunted ke apa ker...

A friend of mine just bought a place of her own in Puncak Saujana Kajang.. 20x70 for RM180k plus...she is one lucky lady...lepas die sign agreement semua..semua rumah area tuh dah naik harga to RM230k plus..skrg dah makin tinggi.. ( friend itu Gobok (bukan nama sebenar)namanya..)

Sebenarnya kan, bila gi melawat dia kat rumah baru dia lah yg menyebabkan jiwa raga ini meronta-ronta nak rumah sendiri jugak..yer laa dok quarters, sama la cam pinjam rumah orang..bukan boleh buat apa-apapun..kalau buat pun..membazir je..kang kena pindah tak ke rugi..

Our dream house doesn't have to be big or luxurious.. We just want a place to call our own..



ps: any suggestions?

Kenapa Kau Malas Sembahyang?

Kenapalah kau malas sangat nak sembahyang?
Kau bukannya kecik anak, tapi dah besar panjang..
Apa tak takut ke neraka jadi liang?
Ke rasa langit nak runtuh kang kau boleh tahan dengan tiang?

Kenapalah malas sangat ni...
Bukannya tak belajar, dah keluar universiti
Takkan asyik nak bersuruh lagi..
Dah tua-tua macam ni masih lagi tak reti-reti?
Apa cikgu tak ajar ke maksud BERDIKARI?

Kenapalah tak rajin-rajin?
Apa ingat syurga neraka tu benda main-main?
Pergi sembahyang kejap tolak tepi benda lain..
Insya Allah hidup kita akan berkat..Amiiinnnn..

Kenapala asyik tangguh-tangguh?
Setiap waktu nak kena suruh..
Kalau tak suruh kau buat acuh-tak acuh..
Suruh banyak kali kang kau pulak mengeluh..
Neraka panas tau, bukan setakat buat keluar peluh..

Kenapalah malas sangat nak sembahyang?
Nak bergeng dengan setan jembalang?
Kalau dah masuk daerah 2 tiang..
Menangis air mata darah pun masa tak boleh nak ulang
Sesibuk mana pun waktu kena luang..

Kenapa entry ni pasal malas sembahyang?
Bukan untuk orang lain pun tapi untuk si pengarang..
Tak sedar diri lagi waktu bukan selamanya siang..
Bila masa dah time, dok dalam kubur kang sorang-sorang..
Gelap gulita cahaya takde, bukankah malang?
Apa lagi, pergi la sembahyang, azan dah lama berkumandang!!!!

Sunday 3 January 2010

Happy Birthday Ayah De and Ayah Teh..

Today is Ayah De's birthday.. He is 25 now..
And Tomorrow is Ayah Teh's..Ayah Teh is officially 18..cepat giler adik-adik aku besar!!!
eventhough they don't eventually read blogs.. momma still wants to wish them the very best of luck..


Ayah De is the 2nd from left..Ayah Teh : the most right ( kelakarlah.. lelaki-lelaki muka garang berbaju merah jambu..)

We luv u Ayah De and Ayah Teh..

Babies of 2009

Dah 3 Januari 2010... so unofficially Harith is 1 year old..hehehehe..!!! Harith mmg ramai kawan2 yang masuk 1 sekolah nanti...to list a few:

1) Arif: anak Mak Cik Zurina- kwn sekolah rendah mama
2) Nik Mohd Arif : anak Aunty Zein - rumet mama masa kat UPM..he has a cute sister named Aisyah..bubbly too!
3) Aryan : anak Aunty Erry- coursemate mama kat UPM - Harith is 1 day older..hehehhe..
4) Ammar : Anak uncle tokan- he is just a few days old.. i've met him yesterday..so little..
5) 2 girls from mama's colleagues - i'll try to get to know them in very near future..they are the only girls in the list, you know..so I should act fast..
6) naufal Hadhri - he is Aunty Suzie's boy..met him..he's cool with big beautiful eyes
7) Shafiq Mirza - Aunty Intans' boy...mama, when can I meet Shafiq?

Ramainye kawan2 mama yang bergelar  ibu tahun lepas..
Kepada yang masih menunggu..bersabarlah, semoga Tuhan mengabulkan doa anda..

p/s: kenapa mama cam lemah lembut jer dlm entry kali nih?

Saturday 2 January 2010

Oitttttttt..consider la orang lain jugak!!

Aku peliklaaa...Kenapa orang


1) Tak Parking kat tempat sepatutnya?
2) Tak Parking dalam petak?
3) Tak Parking betul-betul supaya orang lain boleh kuar dari kete bila parking kat sebelah?
4) Letak tong sampah kat parking space? ( ade ke letak tong sampah kat parking kete, pastu bile org terlanggar suruh ganti? gilo opo?)
5) suke ambik parking space banyak2? satu keter parking satu petak dah laaa....!!!( tensen betul aku...kete kecet je..tp ambik parking space sampai 2)..apa..kalau parking byk2 space, boleh kurang Road TAx ker?
6) yang bwk motor pi parking kat petak keter...? (dah la 2-3 motor parking petak lain2..kongsi2 la satu petak...takderla orang nak marah..org paham laa motor pun ada hak nak parking)..





 owhhh...lupe..

Happy New Year!!!!